Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Tuesday, April 14, 2009

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA PPTK

Mesyuarat Pembinaan Dewan Serbaguna
di JKR Melaka
Hasrat Persatuan Penduduk Taman Kesidang,. Melaka (PPTK) untuk memiliki sebuah dewan serbaguna hampir menjadi kenyataan. Pada 13 April 2009 yang lalu, satu mesyuarat pembinaan dewan serbaguna PPTK telah diadakan di bilik mesyuarat JKR, Jalan Taming Sari, Melaka. Mesyuarat yang berlangsung hampir satu jam itu telah di pengerusikan oleh Ir Rosli, Penolong Pengarah Pembangunan, JKR, Melaka. Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah wakil dari Jabatan Pembangunan Negeri, Tenaga Nasional, Pejabat Tanah dan pihak kontraktor. PPTK telah diwakili oleh En Roslan Mohd Noor (Pengerusi), En Farok Aziz (Setiausaha) dan Hj Yusof Omar (Bendahari).

Menurut pihak kontraktor yang akan membina dewan serbaguna ini iaitu En Tan dari Kota Gabungan Sdn Bhd, dewan ini akan dimulakan pembinaannya pada 17 April 2009 dan dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan Ogos depan. Dewan yang berharga RM 480,000.00 dengan keluasan 4,000 kaki persegi, apabila siap kelak akan mempuyai dua buah gelanggang badminton dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Dengan terbinanya dewan ini , ia akan menjadi simbol perjuangan Ahli-ahli Persatuan Penduduk Taman Kesidang yang tidak jemu-jemu berusaha untuk mendapatkan sebuah dewan serbaguna sejak lebih setahun yang lalu.

berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)



No comments:

Post a Comment