Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Sunday, March 29, 2009

DI SEKITAR MAJLIS MESYUARAT AGONG PPTK KALI KE 2 PADA 29 MARCH 2009

Barisan Ajk PPTK untuk Sessi 2009/2011
En Roslan..mengekalkan jawatan Pengerusi PPTK


Tn Imam, Cikgu Hj Md Said turut menerima cenderahati


Pengerusi P'tuan Penduduk Kesidang Indah turut hadir


Sebak...salah seorang penerima zakat Telekom Malaysia


Ketua pasukan bolasepak PPTK menerima sumbangan
bolasepak dari En Ghani

Barisan pasukan bolasepak PPTK

Menikmati juadah sebelum mesyuarat Agong bermula

En Wahid, Ketua UMNO Kg 8 sedang
menikmati juadah bersama Pegawai Jab. Perpaduan
dan En Roslam
Ust Riduan turut "menang' dalam
cabutan bertuah

Antara ahli PPTK yang hadir ke mesyuarat Agong

Peg. Jab. Perpaduan dan Integrasi Nasional,
Pn Norasyikin Abdul Hamid sedang
memberi taklimat mengenai penubuhan
Rukun Tetangga





























































































Thursday, March 19, 2009

PUISI UTK PERSATUAN PENDUDUK TMN KESIDANG

Keletihan menyapu muka
Penat jerih menutup rahsia
Peluh keringat diseka
Namun azam bakar membara
Bukan mencari citra nama
Bukan meminta balasan semata
Tanggungjawab terbeban berat terasa
Hanya sekadar mengagih rasa sentosa
Tiada ganjaran mahu dipinta
Daya usaha tiada ditanda harga
Seberkas kerjasama ditagih dijana
Menjunjung kebahagiaan milik semua
Begitu terkupas menyusur usaha
Pengorbanan tiada di warta
Hanya tersirat terselindung mata
Penghargaan tidak dikenal rupa
Gigihnya kelompok pendukung mengumpul tenaga
Menjurus komuniti berharmoni sejahtera
Membawa persada di canai serata
Teruskanlah PPTK membelah persada
Bakti menabur kebajikan dicipta
Biar apa kekangan menimpa
Kesepaduan erat diikat sewarna
Terjulang misi matlamat bersama
Demi kelangsungan tanggungjawab tertera
Begitulah upaya terpesong percaya
Berteguhlah memangkas segala nista
PPTK gagah berdiri menghampar semesta

Nukilan Rasa
Cikgu Mohd Noor








Sunday, March 15, 2009

NAK DENGAR LAGU-LAGU RETRO?

Sape-sape yang dah tensen keje kat pejabat tu atau suri-suri rumah yang dah seharian keje kat rumah, jom..tenang-tenang fikiran anda dengan mendengar lagu-lagu retro...yang pasti lagu-lagu ini akan mengimbau nostalgia lalu...mungkin dengan bekas mak we / pak we anda atau mungkin ada di antara lagu-lagu ini yang menyimpan seribu satu kenangan di dalam hidup anda...tapi sebelum mendengar lagu ni, pastikan komputer anda mempunyai speaker dan real player...yang masih tak de real player tu, download je kat internet...free...tak kena bayar pun.
Selamat berhibur..

http://www.geocities.com/hassny/

Thursday, March 12, 2009

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2008














KENANGAN MENGUSIK JIWA.....

Rumah Allahyarham Hj Arshad/Allahyarhamah Hjh Rajemah
Menjamu selera sebelum operasi memetik buah bermula


Oh Linda!!..kau tengok apa Si Wan buat dengan gelas tu...

Tarikkk!!...jangan patah dahan tu sudah le...

Sebahagian dari photo-photo sewaktu musim buah-buahan di Kampung Sarang Buaya, Muar, Johor. Semuga kegiatan sebegini akan mengeratkan tali siratulrahim di kalangan ahli persatuan.

photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)












NOTIS MESYUARAT AGONG PPTK KALI KE DUA

Perhatian kepada semua ahli Persatuan Penduduk Taman Kesidang

Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agong kali ke kedua Persatuan Penduduk Taman Kesidang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 March 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang Permainan Kanak-Kanak
Taman Kesidang Seksyen 2

Semua Ahli Persatuan dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Sekian dan salam hormat

FAROUK BIN AZIZ
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Kesidang
Melaka

Tuesday, March 10, 2009

Monday, March 9, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 2007


Banner sambutan Hari Raya Idil Fitri 2007


Wah! Mesra betul Pengerusi PPTK dengan Amoi
ni...Safura oii...tengok si Roslan ni...siap pegang tangan
lagi




Lu ingat lu hansem ke Rahim?...jgn nak perasanlah.
Di belakang Rahim, Allahyarham Abang Borhan
Al-Fatihah untuk beliau




Apa yang dicari tu Abang Mat...sape le pulak
kat sebelah dia tu


YB Kwong turut hadir




Emcee PPTK...Cikgu Zainal...dahulu,
sekarang dan selama-lamanya


Wah!! Pn Rozi buat-buat rajin nampak



Bukan nak buat kerja...berbual lebih



Persiapan sebelum majlis bermula

































ANDA SIHAT, KELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum wbt

Pada hari ini doktor ingin berkongsi maklumat tentang kesihatan diri. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, beberapa amalam perlu dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan diri kita berada pada tahap yang kita ingini. Tuan-tuan boleh merujuk kepada link yang doktor sertakan bagi mendapatkan beberapa tip penjagaan kesihatan.

Terima kasih dari DR ANDA

http://www.kesihatan.biz/artikel/info_kesihatan.php

MARI MENDENGAR CERAMAH AGAMA

Sila klik link di bawah untuk membolehkan anda mendengar pelbagai tajuk ceramah agama. Tapi sebelum anda boleh mendengarnya, sila buat pendaftaran dahulu...pendaftaran adalah percuma....HJ YUSOF OMAR (BENDAHARI PPTK)

http://www.kuliyah.net/V1/

Buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW

Begitu junjungan kita dikenang
Dalam sambutan maulidan benderang
Perjuangan membina ummah cemerlang
Seribu kelikuan menyerbu datang
Kekuatan iltizam menjana tunjang
Islam dijunjung ke puncak julang
Intihanya penganut beriman terbilang
Muhammad Rasululllah SAW pencetus perangsang
Sunnah dan ajaran bercahaya terang
Mengisi pedoman kehidupan terancang
Semestinya Maulidur Rasul intipati dipegang
Fadhilat natijah keberkatan terbentang
Kita alah ummah tersingkir songsang
Terselimut pelindung melingkung gerbang
Terpupuklah kesucian Islam gemilang

Ilham Rasa

Cikgu Mohd Noor b Azam
(016-6176170)