Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Saturday, March 12, 2011

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TAMAN KESIDANG












Persekitaran kawasan yang bersih akan menyumbang kepada gaya hidup yang berkualiti. Menyedari hal ini, PPTK telah mengambil inisiatif dengan mengadakan majlis gotong royong membersihkan kawasan di sekitar Taman Kesidang baru-baru ini. Dengan kerjasama Jabatan Bomba Melaka, majlis gotong royong yang bermula pada jam 8.00 pagi telah berjalan dengan lancar. Semuga semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Taman Kesidang akan menjadi contoh kepada penduduk di tempat lain.
foto dan berita oleh: hj yusof omar (bendahari pptk)



Thursday, March 10, 2011

AKTIVITI KUMPULAN YAASIN WANITA PPTK




Kumpulan Yaasin Wanita Taman Kesidang telah mencipta nama sebagai sebuah kumpulan wanita yang begitu aktif menjalankan aktiviti samada di dalam kawasan Taman Kesidang atau di tempat lain. Kumpulan Yaasin Wanita PPTK sering mendapat undangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan persembahan seperti marhaban, berzanji dan sebagainya. Di ketuai oleh Datin Noraini, kumpulan Yaasin yang dianggotai oleh 40 anggota sentiasa memberi komitment yang cukup tinggi di dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh PPTK.



foto dan berita oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

INI MACAMLAH!!!

Semakin lama usia perkahwinan, semakin eratlah ikatan kasih sayang diantara suami isteri. Itulah yang diharapkan oleh semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Walaupun kebanyakan orang mengatakan harta yang dimiliki oleh seseorang individu itu menjadi tanda aras kebahagiaan sesebuah rumah tangga tapi sejarah kehidupan telah membuktikan sebaliknya. Sebenarnya keikhlasan, kejujuran dan amanah diantara suami isteri adalah kunci utama untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Foto di atas menunjukkan betapa cerianya pasangan suami isteri, En Muhamad Hasan dan Puan Azizah ketika meraikan hari kelahiran En Muhamad Hasan baru-baru ini,

Kami di PPTK sentiasa mendoakan agar kehidupan mereka berdua sentiasa dirahmati Allah Taala.


foto dan berita oleh: hj yusof omar (bendahari)

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Tahniah diucapkan kepada Bendahari PPTK, Tn Hj Yusof Omar kerana telah menerima menantu lelaki yang pertama pada tanggal 26 Februari 2011. Anak perempuannya, Ummu Umairah telah selamat di ijab kabulkan dengan Syed Muzafar bin Syed Abu Bakar yang berasal dari Bukit Ibam, Pahang Darul Makmur. Semuga perkahwinan ini membawa bahagia hingga ke anak cucu...amin!

Foto dan berita oleh : ROSLAN MOHD NOOR (Pengerusi PPTK)



Wednesday, March 2, 2011

MAJLIS PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA PPTK

Datuk Latiff ketika merasmikan Dewan PPTK

Pengerusi PPTK sedang menulis sesuatu

Chef Adam dan Tn Bilal Hj Ibrahim turut hadir

Barisan kepimpinan PPTK sesi 2011-2013
Antara ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung

Dari kiri: En Hasini, En Muhammad dan En Md Dali

En Wahid Yusop dan Cikgu Zainal

Tanggal 12 Februari 2011 (Sabtu), tercatat satu sejarah apabila Dewan Serbaguna PPTK yang menjadi kebanggaan penduduk Taman Kesidang telah dirasmikan oleh Pengerusi Japerun Kesidang iaitu YBhg Datuk Latiff bin Datuk Tamby Chik. Percikan bunga api menghangatkan suasana malam sebaik sahaja Ybhg Datuk Latiff mengumumkan perasmiannya. Terdahulu, di dalam ucapan pembukaan oleh Pengerusi PPTK, En Roslan Mohd Noor, beliau telah menggesa agar semua penduduk dapat bersatu di dalam menangani segala permasalahan yang wujud khususnya di kawasan Taman Kesidang. Bagi memeriahkan majlis perasmian Dewan PPTK, cabutan bertuah turut diadakan di akhir majlis.
berita dan foto oleh: hj yusof omar (bendahari)

Wednesday, February 16, 2011

SELAMAT BERSUA KEMBALI...

Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskinikan. Insya-Allah, pada tahun 2011 pihak kami akan lebih agresif mengemaskini berita-berita terbaru yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PPTK.

hj yusof omar (bendahari pptk)
013-6303293

16 FEBRUARI 2011