Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Thursday, April 30, 2009

JOM...KITA LIHAT JALAN-JALAN RAYA DI DUNIA

Website di bawah ni mungkin berguna kepada mereka-mereka yang ingin mengembara samada di dalam ataupun di luar negara. Kalau nak lihat jalan tempat kediaman kita pun boleh. Layarilah

http://maps.google.com

  • berita oleh: hj yusof omar (bendahari, pptk)
  • 30 april 2009, jam 8.15 pagi

Monday, April 27, 2009

PANTUN PPTK

Isi kelat pisang pucuk daunan
Dahan melati jatuh ke titi
Matlamat PPTK memupuk kesejahteraan
Jiran di hormati sepakat diberkati

Langkah soldadu seiring berlagu
Tampak segak jalannya lagak
Matlamat satu menghala tuju
PPTK bergerak berpadu tunggak.

Harumnya wangi si limau kasturi
Dibuat penawar penyakit terhindar
PPTK berdiri bersatu hati
Mengikis honar mempertahan benar

Lenggang penari pandai menyanyi
Berlagu zapin langkah terpimpin
Kepentingan diri disisih ke tepi
Demi menjamin persaudaraan terjalin

Angin hembusan lembut deruan
Sepoi meniti mencuit hati
PPTK landasan penyampai seruan
Satu komuniti satu produktiviti

nukilan rasa : cikgu mohd nor bin azam

27 april 2009

Sunday, April 26, 2009

LAWATAN KE LADANG HERBA DAN KILANG TANAMAN CENDAWAN

Sebahagian dari peserta rombongan
Bas Persiaran...NBR 8926

Bergambar di atas 'keretapi'

Antara pokok herba yang ditanam

Rumah tumpangan turut disediakan.
Sewa untuk 2 hari 1 malam RM 600.00

Menaiki keretapi untuk melawat ladang herba

Berebut-berebut membeli produk
herba bila "doktor" kata paras
kolestrol tinggi
Pemeriksaan paras kolestrol sedang dijalankan

Wajah kelihatan ceria setelah menikmati
minuman herba percuma

Produk herba turut dijual

Antara spesis herba yang ditanam

Peserta rombongan sedang diberi penerangan
oleh wakil syarikat Nasuha Herbal

Pelbagai minuman herba disediakan kepada
peserta rombongan secara percuma

Pemandangan di dalam bas

Peserta tidak melepaskan peluang untuk
membeli cendawan segar

Wakil sykt sedang memberi penerangan
kepada peserta rombongan

Proses pembungkusan cendawan sedang dijalankan

Cendawan 'merah' telah sedia untuk di tuai

Benih cendawan disusun rapi di atas rak kayu
25 April 2009 - "Puas hati, gembira dan banyak ilmu yang diperolehi"...itulah antara luahan hati salah seorang peserta rombongan yang mengikuti lawatan sambil belajar di Ladang Herba Nasuha dan Kilang Tanaman Cendawan di Pagoh, Muar, Johor baru-baru ini.
Lawatan yang dianjurkan bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Kesidang dan Kumpulan Yaasin Taman Kesidang telah menarik minat 40 orang peserta untuk mengikutinya.
Peserta rombongan telah berkumpul di hadapan Surau Kg Lapan sebelum bertolak pada jam 9.00 pagi. Ketibaan peserta rombongan di Ladang Herba Nasuha telah disambut oleh wakil sykt tersebut yang kemudiannya memberi penerangan tentang latar belakang syarikat mereka.
Ladang herba Nasuha adalah merupakan ladang tanaman herba yang terbesar di Asia Tenggara. Dengan keluasan seluas tiga ribu ekar, ia menanam lebih 130 spesis herba termasuklah herba-herba yang berasal dari luar negara seperti dari Iran, India dan China. Syarikat ini juga ada menyediakan pakej seminar, mesyuarat dan juga hari keluarga. Untuk kemudahan penginapan, ia turut menyediakan rumah tumpangan dengan harga serendah RM 250.00 hingga RM 600.00. Rumah tumpangan di sini begitu unik kerana ia menggunakan kayu-kayu pokok herba yang di impot dari Australia sebagai bahan binaannya. Setelah selesai memberi penerangan, peserta rombongan telah diberi pemeriksaan paras kolestrol secara percuma. Peserta rombongan kemudiannya telah di bawa melawat ke ladang tanaman herba dengan menaiki 'keretapi' syarikat. Di ladang tanaman herba, peserta telah diberi peluang melihat secara dekat jenis-jenis herba yang di tanam seperti pokok minyak kayu puteh, daun kembang semangkuk, daun pecah beling dan pelbagai lagi. Peserta rombongan turut ditunjukkan Kilang Mak Siti yang terkenal dengan jualan rempah ratusnya. Setelah hampir 40 minit mengelilingi ladang, peserta kemudiannya telah menikmat hidangan makan tengahari iaitu Nasi Baryani Herba. Nasi yang begitu enak ini telah dicampurkan dengan beberapa jenis herba yang membuatkan rasanya begitu unik sekali. Lebih kurang jam 2 petang peserta rombongan meninggalkan Ladang Herba Nasuha untuk menuju ke satu lagi lokasi lawatan iaitu Kilang Tanaman Cendawan, C & C. Ketibaan peserta rombongan telah disambut oleh wakil pemasaran syarikat tersebut dan seterusnya memberi penerangan tentang produk-produk cendawan yang diusahakan. Peserta rombongan kemudiannya telah dibawa melawat 'rumah cendawan'. Di dalam rumah cendawan ini berbagai-bagai jenis cendawan ada ditanam seperti cendawan tiram, cendawan lin-ze (cendawan telinga kera), cendawan kelabu dan sebagainya. Peserta rombongan kemudiannya dibawa melawat kilang pembungkusan cendawan. Di dalam kilang ini, peserta rombongan telah dapat menyaksikan sendiri bagaimana cendawan-cendawan segar ini dbungkus sebelum diedarkan kepada pembeli. Di akhir lawatan, peserta rombongan telah mengambil peluang membeli pelbagai produk cendawan yang djual di kilang ini. Semuga lawatan sebegini harus diteruskan kerana ia banyak memberi ilmu pengetahuan kepada peserta-peserta
  • berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)
  • 26 April 2009 jam 11.30 malam
















































PERAH OTAK....

Serius...sedang menghayati ucapan
Pengerusi
Siap bertongkat dagu...apa yang difikirkan tu bang..

Pekena teh tarik dulu sebelum mesyuarat bermula

En Wahid...sedang menghubungi seseorang

Wakil Kampung Lapan turut hadir
(Dua dari kanan)

En Zahid..walaupun 'kurang sihat' tetap
hadir ke mesyuarat (Dua dari kanan)

Apa ke hal pengerusi kita ni...orang tengah
'pening kepala' dia boleh ketawa lagi
24 April 2009: Walaupun pembinaan Dewan Serbaguna PPTK telah bermula, Ajk PPTK terus mengadakan perjumpaan untuk mengatur strategi jangka panjang dewan tersebut. Untuk tujuan itu, satu perjumpaan telah di adakan di rumah Hj Yusof Omar (Bendahari PPTK) pada 24 April yang lalu. Berbagai perkara telah dibincangkan di dalam perjumpaan ini. Antara yang turut hadir ialah En Wahid Yusop (Pengerusi JKKK Kampung Lapan). En Roslan Mohd Noor, Pengerusi PPTK ketika ditemui selepas perjumpaan ini berkata " Walaupun pembinaan dewan ini telah bermula, kita perlu mengatur strategi tertentu bagi memastikan dewan ini benar-benar memberi manfaat kepada seluruh penduduk Tmn Kesidang apabila ianya siap kelak. Beliau selanjutnya berkata "Kita perlu ingat, tidak semua penduduk di taman kita yang bersetuju dengan pembinaan dewan ini. Oleh itu kita perlu memberi penjelasan kepada mereka tujuan utama pembinaan dewan ini dilakukan. Perjumpaan yang bermula pada jam 9.00 malam telah berakhir kira-kira jam 11.00 malam.
berita dan photo oleh: hj yusof omar (bendahari pptk)
26 April 2009, jam 6.15 pm









AKHIRNYA IMPIAN MENJADI KENYATAAN...





Akhirnya pada 24 April 2009, terpacaklah papan tanda pembinaan dewan serbaguna di Padang Permainan Kanak-Kanak Taman Kesidang Seksyen 2. Dengan terpacaknya papan tanda ini, menandakan bermulanya pembinaan dewan yang diimpikan oleh seluruh Penduduk Taman Kesidang selama ini. Walaupun pembinaan dewan ini penuh dengan episod suka dan duka, insya-Allah dengan berkat kerjasama dan sokongan yang diberi oleh Penduduk Tmn Kesidang, dewan ini akan siap sepenuhnya pada 27 September 2009, lewat sebulan dari yang dijanjikan sebelum ini.
berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)
26 April 2009, jam 5.30 petang

Wednesday, April 22, 2009

PPTK DI HUJUNG MINGGU......

Antara jaguh badminton PPTK

Deretan "Jaguh Kampong" PPTK bersedia
untuk di lelong

Riduan (berbaju puteh)...lagi jauh kelihatan
macam Lin Dan tapi dah dekat tak ubah
macam Md Jan
Cikgu Ibrahim (kanan) turut
mempamerkan skilnya

Puteri UMNO PPTK berpasangan
dengan jaguh kampong (Azmi)


Mempunyai kesihatan yang sempurna bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup malah ia akan melahirkan individu yang dapat membantu membangunkan masyarakat dan negara. Untuk memiliki kesihatan yang baik ia banyak bergantung kepada gaya hidup seseorang. Selain menjaga pemakanan, aktiviti riadah seringkali dihubungkait dengan kesihatan.
PPTK sebuah badan NGO yang mula berkembang mekar khususnya di kawasan Kampong Lapan, Bachang, Melaka tidak lupa memastikan kesihatan ahli-ahlinya berada ditahap yang terbaik. Justeru, untuk mencapai matlamat ini, satu aktiviti tetap telah diadakan pada setiap hujung minggu iaitu permainan badminton.
Gelanggang badminton Lorong Pandan telah dijadikan lokasi tetap permainan badminton oleh ahli persatuan pada setiap hari Sabtu malam Ahad mulai jam 9.00 malam hingga jam 11.00 malam. Bagi menampung bayaran sewa gelanggang dan bola badminton, setiap ahli dikenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM 20.00 seorang.
Kepada ahli-ahli persatuan yang berminat untuk turut serta di dalam permainan badminton ini, tuan/puan dijemput hadir pada hari dan waktu yang tersebut di atas.
'ANDA SIHAT, KELUARGA BAHAGIA'
berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)



PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA PPTK DITENTANG!!

Tidak senang dengan pembinaan dewan serbaguna PPTK, segelintir masyarakat sekeliling telah memprotes pembinaannya. Mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan pembinaan dewan ini termasuklah mengadu perkara ini ke YB DAP DUN Kesidang dan juga pihak media massa. Bagi meredakan hal ini, Ajk PPTK telah membuat pertemuan empat mata dengan YB DAP DUN Kesidang di pejabatnya bagi menerangkan kenapa sebuah dewan serbaguna perlu dibina. En Wahid Yusop, Pengerusi JKKK Kampong Lapan, Bachang, Melaka yang turut serta di dalam pertemuan ini telah menunjukkan sokongan yang padu terhadap pembinaan dewan ini.

Kepada semua Penduduk Taman Kesidang, kami menyeru agar tuan-puan turut bersama kami di dalam perjuangan pembinaan dewan ini. Marilah kita bersatu...semuga hasrat kita untuk melihat sebuah dewan serbaguna berdiri megah di dalam kawasan taman perumahan Taman Kesidang akan menjadi satu kenyataan.

AJK, PERSATUAN PENDUDUK TMN KESIDANG

Tuesday, April 14, 2009

PENUBUHAN RUKUN TETANGGA TMN KESIDANG



Mesyuarat penubuhan Rukun Tetangga
Tmn Kesidang sedang berlangsung

Serius...Pn Rozie sedang memperkatakan sesuatu


Satu lagi sejarah tercipta di Taman Kesidang, Kampung Lapan, Bachang, Melaka. Di dalam mesyuarat Agong kali ke 2 PPTK yang telah diadakan pada 29 March 2009, masyarakat Taman Kesidang telah menerima khabar gembira apabila Pegawai dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Melaka iaitu Pn Norasyikin Abd Hamid telah mengumumkan pihaknya telah meluluskan permohonan PPTK untuk menubuhkan satu cawangan Rukun Tetangga di dalam kawasan Taman Kesidang. Pengumuman ini telah melegakan PPTK kerana permohonan untuk menubuhkan Rukun Tetangga di dalam kawasan Tmn Kesidang telah di
kemukakan kepada pihak yang berkenaan lebih setahun yang lalu.
Dengan tertubuhnya Rukun Tetangga Cawangan Taman Kesidang, adalah diharapkan segala permasalahan yang timbul di dalam kawasan taman kita akan dapat diselesaikan.
Senarai Ajk-Ajk Rukun Tetangga Cawangan Tmn Kesidang akan dimuat turun di dalam blogspot ini di dalam masa terdekat.
berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)





PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA PPTK

Mesyuarat Pembinaan Dewan Serbaguna
di JKR Melaka
Hasrat Persatuan Penduduk Taman Kesidang,. Melaka (PPTK) untuk memiliki sebuah dewan serbaguna hampir menjadi kenyataan. Pada 13 April 2009 yang lalu, satu mesyuarat pembinaan dewan serbaguna PPTK telah diadakan di bilik mesyuarat JKR, Jalan Taming Sari, Melaka. Mesyuarat yang berlangsung hampir satu jam itu telah di pengerusikan oleh Ir Rosli, Penolong Pengarah Pembangunan, JKR, Melaka. Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah wakil dari Jabatan Pembangunan Negeri, Tenaga Nasional, Pejabat Tanah dan pihak kontraktor. PPTK telah diwakili oleh En Roslan Mohd Noor (Pengerusi), En Farok Aziz (Setiausaha) dan Hj Yusof Omar (Bendahari).

Menurut pihak kontraktor yang akan membina dewan serbaguna ini iaitu En Tan dari Kota Gabungan Sdn Bhd, dewan ini akan dimulakan pembinaannya pada 17 April 2009 dan dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan Ogos depan. Dewan yang berharga RM 480,000.00 dengan keluasan 4,000 kaki persegi, apabila siap kelak akan mempuyai dua buah gelanggang badminton dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Dengan terbinanya dewan ini , ia akan menjadi simbol perjuangan Ahli-ahli Persatuan Penduduk Taman Kesidang yang tidak jemu-jemu berusaha untuk mendapatkan sebuah dewan serbaguna sejak lebih setahun yang lalu.

berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)



Monday, April 6, 2009

FREE DOWNLOAD...LELONG! LELONG!!!

Kalau dah boring dengan nada dering handphone anda, apa kata anda download dengan nada bunyi yang lain? Kalau pergi kat kedai komputer dan download nada dering, dah tentu dua tiga ringgit akan 'terbang' untuk satu nada dering...tapi kalau download kat sini, free aje...satu sen pun tak keluar. Nak lagu India ada, lagu Inggeris ada, lagu Cina pun ada. Tapi sebelum anda download, pastikan handphone anda ada 'usb cable'...kalau tak de macam mana nak pindahkan lagu tu kat handphone anda? Usb Cable boleh beli kat kedai komputer...murah je, tak berapa sen. Lawati laman web di bawah ini. Selamat 'mendownload'

http://www.bearshare.com

oleh : hj yusof omar (bendahari)

Saturday, April 4, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR MESYUARAT AGONG PPTK KALI KE 2

'Tan Sri' Rahim turut menerima hadiah
Cikgu Zainal....aiii marah nampak

Peg. Pendaftaran Mesyuarat Agong....Cikgu Mohd Noor

Ketua UMNO Kampung Lapan, En Wahid Yusop

Pelbagai hadiah 'cabutan nombor bertuah' turut disediakan
Antara Belia PPTK yang hadir
Emcee tersohor PPTK, Cikgu Zainal

Pelbagai juadah disediakan

photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)