Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Monday, January 26, 2009

AJK PPTK 2008/2009

Ahli Jawatankuasa PPTK, Kg Lapan 2008 / 2009

Pengerusi
Roslan Bin Mohd Noor - tel. 012-9765643

Timbalan Pengerusi
Zainal Bin Minhat - tel. 016-6116124

Setiausaha
Farok Bin Aziz - tel. 013-6302438

Bendahari
Hj Md Yusof Bin Omar - tel. 013-6216210

Biro Ekonomi
Ketua : Wahid Bin Yusof - tel. 012-6399901
Setiausaha : Rogiah @ Rozi Binti Dros - tel. 019-6827526

Biro Pendidikan & Intelektual
Ketua : Mohd Nor Bin Azam - tel. 016-6176170
Setiausaha : Joriah Binti Johan - tel. 016-3288155

Biro Kebajikan, Sosial & Keselamatan
Ketua : Hj Amin Bin Sawar - tel. 06-3356050
Setiausaha : Hajah Azizah Binti Hj Abu Bakar - tel. 06-3355749

Biro Sukan
Ketua : Azmi Bin Hassan - tel. 019-2031580
Setiausaha : Muhammad Hafiz Bin Amsah - tel. 06-3351969

Biro Agama
Ketua : Riduan Bin Nordin - tel. 012-6324728
Setiausaha : Datin Hajah Nor'Aini Binti Abdullah - tel. 012-3047174

Ketua-Ketua Blok Taman Kesidang :

Blok Tmn Kesidang Puspa
Kapt (B) Ramli bin Husin - tel. 012-6013663

Blok Tmn Kesidang Surau
Hj Mazlan Bin Abdullah - tel. 06-3351424

Blok Tmn Kesidang Padang
Muhammad Bin Hassan - tel. 06-3367935

Blok Tmn Kesidang Tengah
Norzihati Binti Mat Sahid - tel. 016-6205831

Blok Tmn Kesidang Mubarrak
Mohd Nor Bin Azam - tel. 016-6176170

Blok Tmn Kesidang Baru
Wahid Bin Yusof - tel. 012-6399901

Blok Kesidang Seri Bayu
Azmi Bin Hasan - tel. 019-2031580

Blok Tmn Kesidang Anika
Zaid Bin Mohd Hashim

Saturday, January 24, 2009

Sejarah Taman Kesidang & PPTK

Taman Kesidang terletak di dalam Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya di dalam Kg Lapan dan bersebelahan Lorong Pandan. Dibina di atas tanah kebun-kebun sayur dan sawah-sawah padi pada awal tahun tujuh puluhan dengan nama asalnya Taman Puspa. Terletak berhampiran dengan Sek Men Tun Tuah, Kg Lapan. Jumlah rumah yang dibina pada masa tersebut hanyalah berjumlah seratus lebih dan dihuni oleh orang-orang Melayu dan Cina. Hanya ada sebuah surau kayu yang dinamakan Surau Kg. Lapan. Tapak surau tersebut asalnya adalah sebuah tapak padang permainan kanak-kanak. Kebanyakan penghuni-penghuni di Taman Puspa dahulu masih lagi menginap di dalam Taman Kesidang, Kg Lapan.

Pada tahun 1990, sebuah taman baru dibina bersebelahan dengan Taman Puspa dan dinamakan Taman Saga Sek 1 dan 2 sehingga di Jalan Lorong Pandan dan Taman Anika berjumlah lebih kurang tiga ratus buah rumah. Di atas Taman Saga ini ada dua buah padang permainan kanak-kanak dan dibina sebuah lagi surau yang dinamakan Surau Mubarrak.

Pada tahun 1994 - 1995 penduduk-penduduk Taman Saga telah menubuhkan sebuah Persatuan Penduduk yang diberi nama Persatuan Penduduk Kesidang Biru yang mengambil nama baru Taman Kesidang. Ini adalah kerana DUN Tengkera telah diubah kepada nama DUN Kesidang oleh Kerajaan Negeri Melaka. Persatuan ini hanya dapat bertahan selama dua tahun sahaja kerana ramai dikalangan AJK-AJKnya telah berpindah ke lain tempat.

Selepas itu Taman Kesidang tidak mempunyai apa-apa persatuan ataupun pertubuhan untuk mengambil berat dan perhatian kepada penduduk-penduduknya. Ini adalah kerana UMNO yang ada pada masa itu hanya mengambil berat terhadap penduduk-penduduk Kg Lapan & Lorong Pandan sahaja. Hanya pada tahun 2006 satu persatuan telah ditubuhkan oleh kaum wanita yang bergiat cergas di dalam bidang keugamaan yang diberi nama Persatuan Yasin Wanita Kesidang yang diterajui oleh Datin Nor'Aini , Puan Sapiah dan Puan Rozi sehingga ke hari ini. Kumpulan wanita inilah yang memainkan peranan yang penting di dalam penubuhan Persatuan Penduduk Taman Kesidang (PPTK) pada Desember 2006 untuk menggantikan persatuan penduduk yang telah lama berkubur.

PPTK sehingga sekarang telah memainkan peranan yang aktif sebagai satu badan yang menjaga kebajikan dan perhatian kepada penduduk-penduduk di dalam Taman Kesidang. Banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan selepas itu seperti program Hari Keluarga, sambutan Hariraya, anugerah kepada anak-anak cemerlang, kem-kem motivasi, keugamaan dan sebagainya. PPTK juga bergiat cergas dengan Lembaga Surau menjalankan hal-hal keugamaan dan motivasi.

Pada tahun 2009 ini PPTK akan mendapat satu dewan serbaguna berharga setengah juta ringgit (RM500,000.00) atas usaha AJK-AJK PPTK selama setahun untuk menjadikan impian dan cita-cita seluruh AJK persatuan menjadi kenyataan. Dewan serbaguna ini telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat melalui Pejabat Timbalan Ketua Menteri, Malaysia iaitu YAB Dato Seri Najib Bin Tun Razak. Inilah dewan yang akan menjadi satu mercu tanda dan kebanggaan seluruh penduduk-penduduk Taman Kesidang dan sekitarnya. Dengan adanya dewan ini persatuan akan bergerak dengan lebih aktif lagi dan berharap seluruh jentera AJK-AJK dan penduduk-penduduk taman bersatu tenaga dengan semangat setiakawan untuk keharmonian dan kesejahteraan.
AJK PPTK bergambar selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2007