Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Sunday, June 6, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

En Ismail dan isteri tersayang, Pn Azimah


En Ismail sedang sibuk melayan tetamu


Gembiranya hati seorang ibu


Dewan PPTK kelihatan cantik berseri

Tetamu sedang menikmati hidangan

En Taha...Ketua UMNO Cawangan Lorong Pandan turut hadir

Tanggal 6 Jun 2010 (Ahad), Dewan PPTK menerima tetamu 'istimewanya' yang pertama iaitu pasangan pengantin baru Mohd Nor Faizal bin Ismail dan Nur Hidayu binti Ali. Mohd Nor Faizal, putera kepada pasangan En Ismail Suratman dan Pn Azimah binti Hussain, telah melangsungkan hari bahagianya di Dewan PPTK yang serba indah. Disertai dengan alunan muzik yang berbagai rentak disamping hidangan makanan yang begitu istimewa membuatkan majlis perkahwinan ini tampak meriah dan menyeronokkan. Riak wajah ayah dan ibu pengantin lelaki yang begitu ceria jelas menceritakan betapa gembiranya hatinya mereka menyambut kehadiran menantu wanitanya di dalam kehidupan keluarga mereka. Kepada pasangan pengantin, kami dari PPTK mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru'. Semuga kehidupan anda sentiasa mendapat berkat dari Allah Taala.

VIDEO DI BAWAH DITUJU KHAS KPD KEDUA MEMPELAI...SAKSIKAN


foto dan berita oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

Sunday, May 30, 2010

BERAT SAMA DIJUNJUNG, RINGAN SAMA DIJINJING

Pengerusi PPTK sedang mengecat pentas

Seandainya kita bersatu, gunung Kinabalu boleh kita ratakan...tetapi seandainya kita berpecah belah, bukit berpasir begitu sukar untuk kita runtuhkan. Begitulah bidalan lama orang dulu-dulu. Walaupun bahasanya mudah tetapi mengandungi seribu maksud yang tersirat. Generasi masakini tidak seharusnya melupakan bidalan bahasa ibunda yang cukup indah disaat mengejar kepesatan teknologi digital. Menyedari akan hakikat ini, pada 31 Mei 2010, satu majlis gotong royong mengecat pentas dewan PPTK telah diadakan. Pentas dewan PPTK kelihatan begitu berseri setelah kerja-kerja mengecat selesai dijalankan.

foto dan berita oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)


AJK PPTK 'MERASMIKAN' GELANGGANG BADMINTON

Pengerusi PPTK (baju biru)...action lebih

AJK PPTK MERASMIKAN GELANGGANG BADMINTON



JAGUH 'KAMPUNG', AZMI BERPASANGAN

DENGAN PENGERUSI PPTK (BAJU BIRU)


Cikgu Md Nor Azam....Novelis PPTK


PERHATIAN KEPADA SEMUA AJK PPTK!!


Pada setiap Jumaat malam Sabtu, mulai jam 9.00 malam, gelanggang badminton telah dikhaskan untuk Ajk PPTK. Kepada semua Ajk PPTK, rebutlah peluang ini untuk beriadah bersama Ajk yang lain. Harap maklum




berita dan foto oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)






Friday, May 28, 2010

WAJAH PENULIS PPTK


Wajahnya agak serius tetapi seorang insan yang berhati mulia. Mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan sejak beliau masih belajar di Maktab Perguruan. Kini bertugas sebagai seorang pendidik di Sek. Men. Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka. Karya-karya beliau banyak terpampang di dada akhbar dan majalah. Itulah Cikgu Mohd Nor Azam, personaliti pilihan bulan ini. Kreativiti beliau di dalam mencipta cerpen dan sajak memang tidak dapat disangkalkan lagi. Baru-baru ini pantun ciptaan beliau telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan di dalam koleksi Pantun-Pantun Negeri Melaka

foto dan berita oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

DEWAN SERBAGUNA PPTK KINI DIBUKA UNTUK DISEWA!!


Mulai 1 Jun 2010, Dewan Serbaguna PPTK membuka sayapnya untuk disewa kepada orang ramai. Untuk apa jua aktiviti anda, samada majlis perkahwinan, hari lahir, konvokesyen dan sebagainya, Dewan PPTK sentiasa bersedia untuk meraikan bersama. Bagi memenuhi aktiviti riadah anda sekeluarga, dewan ini turut menyediakan dua buah gelanggang badminton untuk disewa. Samada anda ingin menyewa keseluruhan dewan ini atau hanya untuk menyewa gelanggang badminton, pihak kami sentiasa bersedia untuk menerima tempahan dari anda...hanya tentukan saja temujanji kita, tempahan anda pasti kami rekodkan sebagai tetamu VIP kami. Jom apa ditunggu lagi. Hubungi Pegawai Penyelaras Dewan PPTK PN NORZIHATI (016-6205831) untuk urusan tempahan.

KADAR SEWA DEWAN (2 HARI TANPA MEJA/KERUSI)

Ahli PPTK - RM 250.00

Bukan Ahli - RM 300.00

KADAR SEWA DEWAN ( 1 HARI TANPA MEJA/KERUSI)

Ahli PPTK - RM 150.00

Bukan Ahli - RM 200.00

** kadar sewa meja/kerusi boleh dirunding

KADAR SEWA GELANGGANG BADMINTON

Ahli / Bukan Ahli : RM 5.00 /Jam

WAKTU SEWAAN GELANGGANG BADMINTON

Isnin - Ahad (9.00 pagi - 11.00 malam)

Jumaat : 9.00 pagi - 9.00 malam

foto dan berita : hj yusof omar (bendahari pptk)

Wednesday, May 5, 2010

ALLAHYARHAM ABANG BORHAN DALAM KENANGAN


Sudah menjadi fitrah dunia, yang hidup pasti akan menemui kematian. Allahyarham Abang Borhan (berbaju batik warna hitam), salah seorang Ajk PPTK yang memberi komitmen yang cukup tinggi di dalam setiap aktiviti persatuan, telah pergi menyahut panggilan ilahi di suatu hari yang cukup tenang. Pemergian beliau memang cukup terasa khususnya di kalangan Ajk PPTK. Kemesraan beliau dengan penduduk Taman Kesidang memang tidak dinafikan. Senyuman serta keramahan beliau memang begitu sukar untuk dilupakan. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Bersama-samalah kita berdoa agar roh beliau di tempatkan bersama-sama roh-roh orang yang soleh dan mendapat keampunan dari Allah...Al-Fatihah

foto dan berita : hj yusof omar (bendahari pptk)



JOM!...KITA RELEKS SEKEJAP...TENGOK VIDEO NI

oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

Tuesday, May 4, 2010

MACAM-MACAM GAMBAR ADA...(2)

Kerjanya kurang, ketawanya lebih...
yang lelaki kat belakang tu pun 2 x 5



Kalau setakat nak bercekak pinggang,
lebih baik gi tido je kat rumah


Taukeh lembu yang berbaju "oren"

foto oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

Monday, May 3, 2010

MCAM-MACAM GAMBAR ADA...

MASJID PUTRAJAYA

PEMANDANGAN DI PUTRAJAYA (1)

PEMANDANGAN DI PUTRAJAYA (2)


SURAU KAMPUNG LAPAN, BACHANG, MELAKA

MAJLIS QURBAN BERKELOMPOK TAHUN 2009






Terkadang waktu, kenangan semalam boleh menimbulkan keresahan, kerinduan dan mungkin juga kedukaan. Oleh itu kekuatan semangat yang jitu dan kental diperlukan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Tabahkan hatimu mengharungi ombak yang bergelora kerana disebalik keganasan ombak itu tersembunyi sebutir permata yang bakal menyinari hidupmu

foto dan ilham rasa : hj yusof omar (bendahari pptk)













AKHIRNYA IMPIAN MENJADI KENYATAAN!!!


Sabau je le aku tengok si mamat yg tengah sign tu
Pengerusi PPTK...serius nampak....
sabau bang!!

Tanggal 3 Mei 2010, merupakan tarikh 'keramat' bagi Penduduk Taman Kesidang, Kampung Lapan, Melaka. Pada tarikh ini dengan rasminya sebuah dewan yang diidamkan oleh semua penduduk telah diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, Melaka kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Tmn Kesidang, En Roslan Md Nor yang mewakili penduduk. Majlis penyerahan pada jam 10.00 pagi turut disaksikan oleh beberapa kakitangan JKR, kontraktor dan Ajk PPTK.

Dewan yang berharga RM 500,000.00 telah mencatitkan episod suka duka bagi penduduk Tmn Kesidang khususnya Ajk PPTK sejak dari pengambilan tanah hinggalah projek pembinaannya dimulakan. Walaubagaimanapun, dengan berkat kesabaran dan doa dari semua penduduk, akhirnya sebuah dewan yang menjadi tanda mercu baru dan kebanggaan penduduk Tmn Kesidang telah berjaya didirikan dengan megahnya.

Didirikan di atas sebahagian dari padang permainan kanak-kanak, dewan ini kelak akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti seperti mengadakan majlis perkahwinan, permainan badminton dan sebagainya.

Kepada semua penduduk Tmn Kesidang, saya menyeru agar tuan/puan dapat bersama-sama memantau keselamatan Dewan PPTK demi untuk kebaikan kita bersama.

foto dan berita oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN DEWAN PPTK



Pada 25 April 2010 yang lalu, telah berlangsung satu majlis gotong-royong membersihkan Dewan PPTK. Ramai Ajk PPTK serta penduduk setempat telah berganding bahu membersihkan dewan ini. Semuga semangat kerjasama yang ditunjukkan akan berkekalan hingga bila-bila.
foto dan berita : hj yusof omar (bendahari pptk)