Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Sunday, April 26, 2009

LAWATAN KE LADANG HERBA DAN KILANG TANAMAN CENDAWAN

Sebahagian dari peserta rombongan
Bas Persiaran...NBR 8926

Bergambar di atas 'keretapi'

Antara pokok herba yang ditanam

Rumah tumpangan turut disediakan.
Sewa untuk 2 hari 1 malam RM 600.00

Menaiki keretapi untuk melawat ladang herba

Berebut-berebut membeli produk
herba bila "doktor" kata paras
kolestrol tinggi
Pemeriksaan paras kolestrol sedang dijalankan

Wajah kelihatan ceria setelah menikmati
minuman herba percuma

Produk herba turut dijual

Antara spesis herba yang ditanam

Peserta rombongan sedang diberi penerangan
oleh wakil syarikat Nasuha Herbal

Pelbagai minuman herba disediakan kepada
peserta rombongan secara percuma

Pemandangan di dalam bas

Peserta tidak melepaskan peluang untuk
membeli cendawan segar

Wakil sykt sedang memberi penerangan
kepada peserta rombongan

Proses pembungkusan cendawan sedang dijalankan

Cendawan 'merah' telah sedia untuk di tuai

Benih cendawan disusun rapi di atas rak kayu
25 April 2009 - "Puas hati, gembira dan banyak ilmu yang diperolehi"...itulah antara luahan hati salah seorang peserta rombongan yang mengikuti lawatan sambil belajar di Ladang Herba Nasuha dan Kilang Tanaman Cendawan di Pagoh, Muar, Johor baru-baru ini.
Lawatan yang dianjurkan bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Kesidang dan Kumpulan Yaasin Taman Kesidang telah menarik minat 40 orang peserta untuk mengikutinya.
Peserta rombongan telah berkumpul di hadapan Surau Kg Lapan sebelum bertolak pada jam 9.00 pagi. Ketibaan peserta rombongan di Ladang Herba Nasuha telah disambut oleh wakil sykt tersebut yang kemudiannya memberi penerangan tentang latar belakang syarikat mereka.
Ladang herba Nasuha adalah merupakan ladang tanaman herba yang terbesar di Asia Tenggara. Dengan keluasan seluas tiga ribu ekar, ia menanam lebih 130 spesis herba termasuklah herba-herba yang berasal dari luar negara seperti dari Iran, India dan China. Syarikat ini juga ada menyediakan pakej seminar, mesyuarat dan juga hari keluarga. Untuk kemudahan penginapan, ia turut menyediakan rumah tumpangan dengan harga serendah RM 250.00 hingga RM 600.00. Rumah tumpangan di sini begitu unik kerana ia menggunakan kayu-kayu pokok herba yang di impot dari Australia sebagai bahan binaannya. Setelah selesai memberi penerangan, peserta rombongan telah diberi pemeriksaan paras kolestrol secara percuma. Peserta rombongan kemudiannya telah di bawa melawat ke ladang tanaman herba dengan menaiki 'keretapi' syarikat. Di ladang tanaman herba, peserta telah diberi peluang melihat secara dekat jenis-jenis herba yang di tanam seperti pokok minyak kayu puteh, daun kembang semangkuk, daun pecah beling dan pelbagai lagi. Peserta rombongan turut ditunjukkan Kilang Mak Siti yang terkenal dengan jualan rempah ratusnya. Setelah hampir 40 minit mengelilingi ladang, peserta kemudiannya telah menikmat hidangan makan tengahari iaitu Nasi Baryani Herba. Nasi yang begitu enak ini telah dicampurkan dengan beberapa jenis herba yang membuatkan rasanya begitu unik sekali. Lebih kurang jam 2 petang peserta rombongan meninggalkan Ladang Herba Nasuha untuk menuju ke satu lagi lokasi lawatan iaitu Kilang Tanaman Cendawan, C & C. Ketibaan peserta rombongan telah disambut oleh wakil pemasaran syarikat tersebut dan seterusnya memberi penerangan tentang produk-produk cendawan yang diusahakan. Peserta rombongan kemudiannya telah dibawa melawat 'rumah cendawan'. Di dalam rumah cendawan ini berbagai-bagai jenis cendawan ada ditanam seperti cendawan tiram, cendawan lin-ze (cendawan telinga kera), cendawan kelabu dan sebagainya. Peserta rombongan kemudiannya dibawa melawat kilang pembungkusan cendawan. Di dalam kilang ini, peserta rombongan telah dapat menyaksikan sendiri bagaimana cendawan-cendawan segar ini dbungkus sebelum diedarkan kepada pembeli. Di akhir lawatan, peserta rombongan telah mengambil peluang membeli pelbagai produk cendawan yang djual di kilang ini. Semuga lawatan sebegini harus diteruskan kerana ia banyak memberi ilmu pengetahuan kepada peserta-peserta
  • berita dan photo oleh : hj yusof omar (bendahari pptk)
  • 26 April 2009 jam 11.30 malam
















































No comments:

Post a Comment