Popular Posts

Total Pageviews

Beri komen anda tentang Blogspot PPTK

Thursday, March 19, 2009

PUISI UTK PERSATUAN PENDUDUK TMN KESIDANG

Keletihan menyapu muka
Penat jerih menutup rahsia
Peluh keringat diseka
Namun azam bakar membara
Bukan mencari citra nama
Bukan meminta balasan semata
Tanggungjawab terbeban berat terasa
Hanya sekadar mengagih rasa sentosa
Tiada ganjaran mahu dipinta
Daya usaha tiada ditanda harga
Seberkas kerjasama ditagih dijana
Menjunjung kebahagiaan milik semua
Begitu terkupas menyusur usaha
Pengorbanan tiada di warta
Hanya tersirat terselindung mata
Penghargaan tidak dikenal rupa
Gigihnya kelompok pendukung mengumpul tenaga
Menjurus komuniti berharmoni sejahtera
Membawa persada di canai serata
Teruskanlah PPTK membelah persada
Bakti menabur kebajikan dicipta
Biar apa kekangan menimpa
Kesepaduan erat diikat sewarna
Terjulang misi matlamat bersama
Demi kelangsungan tanggungjawab tertera
Begitulah upaya terpesong percaya
Berteguhlah memangkas segala nista
PPTK gagah berdiri menghampar semesta

Nukilan Rasa
Cikgu Mohd Noor








No comments:

Post a Comment