Tidak senang dengan pembinaan dewan serbaguna PPTK, segelintir masyarakat sekeliling telah memprotes pembinaannya. Mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan pembinaan dewan ini termasuklah mengadu perkara ini ke YB DAP DUN Kesidang dan juga pihak media massa. Bagi meredakan hal ini, Ajk PPTK telah membuat pertemuan empat mata dengan YB DAP DUN Kesidang di pejabatnya bagi menerangkan kenapa sebuah dewan serbaguna perlu dibina. En Wahid Yusop, Pengerusi JKKK Kampong Lapan, Bachang, Melaka yang turut serta di dalam pertemuan ini telah menunjukkan sokongan yang padu terhadap pembinaan dewan ini.
Kepada semua Penduduk Taman Kesidang, kami menyeru agar tuan-puan turut bersama kami di dalam perjuangan pembinaan dewan ini. Marilah kita bersatu...semuga hasrat kita untuk melihat sebuah dewan serbaguna berdiri megah di dalam kawasan taman perumahan Taman Kesidang akan menjadi satu kenyataan.
AJK, PERSATUAN PENDUDUK TMN KESIDANG
Popular Posts
-
Mulai 1 Jun 2010, Dewan Serbaguna PPTK membuka sayapnya untuk disewa kepada orang ramai. Untuk apa jua aktiviti anda, samada majlis perkahwi...
-
Taman Kesidang terletak di dalam Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya di dalam Kg Lapan dan bersebelahan Lorong Pandan. Dibina d...
-
Sebahagian dari peserta rombongan Bas Persiaran...NBR 8926 Bergambar di atas 'keretapi' Antara pokok herba yang ditanam Rumah tum...
Total Pageviews
Beri komen anda tentang Blogspot PPTK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment